Connect with us
Geng Pagi Hot

Inspirasi

Tugas Frontliners Mencabar, Fizo Omar Mahu Orang Ramai Hargai Mereka Dan Bukan Kecam

Betul apa yang diberitahu Fizo ini berkenaan tugas frontliners

Published

on

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berjalan ketika ini, para petugas barisan hadapan atau frontliners adalah antara pihak yang sangat penting dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

Petugas di bahagian kesihatan misalnya, mereka berjuang sebaik mungkin untuk menjaga dan merawat pesakit dalam situasi pandemik COVID-19 ini.

Selain itu, petugas bahagian keselamatan pula seperti pihak polis dan tentera bertanggungjawab memastikan peraturan yang ditetapkan pihak kerajaan dapat dipatuhi semua orang.

Pada 8 Februari 2021, pelakon Fizo Omar telah memuat naik satu foto di Instagram miliknya.

Hantaran tersebut menunjukkan beliau berswafoto bersama petugas yang menjaga sekatan jalan raya.

Fizo menulis pada ruangan caption:-

“Tak Faham lah ngn dieorng ni???

Korang rasa mampu tak kalau kita berdiri di jalan raya tgh2 hujan panas bagai, bkn sekejap tau, 1 shift 8 jam keje. Siap pakai uniform tebal gak wehhh…kalau aku dah berkicap dah tu.

Macam mne dieorng blh tahan ek?? Aku tak faham r.”

Beliau kagum dengan khidmat yang ditunjukkan pasukan keselamatan yang sanggup berpanas untuk tugas mereka.

Fizo memberitahu, beliau sempat bersembang bersama mereka ketika dalam perjalanan pulang daripada misi bantuan pasca banjir di Pahang:-

“Malam td punya cter blk dr Pahang utk misi bantuan banjir, sampai lah tol Kajang lbh kurang pkl 1 am.kesian tgk dieorng ni kepenatan,lepak skejap borak2 dgn geng luar biasa ni.ade la sedikit makanan share ngn dieorng bg semangat nak bertugas.

Mcm2 cerita weh, nampak je senang nak jaga roadblock, kita tahu ape kan.bukan soal panas hujan jer.kalau aku kete pancit tepi jalan sekejap je kita turun pun dah xblh tahan dah.dieorng ni ‘office’ dieorng kat tgh jalan raya.bayangkan lah?”

Oleh itu, Fizo mengajak semua supaya memberi kerjasama kepada petugas ini dan cuba memahami keadaan mereka:-

“So kadang2 tu dierng moody ke, tak ceria ke, cuba lah kita faham situasi dierng n letakkan kita kt tmpt dieorng.jgn tahu nak kondem n viral kan je.”

Setuju dengan apa yang dikongsikan Fizo ini.

Frontliners juga berkorban banyak perkara demi menjalankan tanggungjawab mereka.

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia kena la tunjukkan rasa hormat buat mereka.

 

Baca artikel berkaitan: “Terima Kasih Yang Mendoakan” Anak Fizo Omar, Maryam Bebas COVID-19

Sumber: Instagram Fizo Omar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest