Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Ustaz Ahmad Dusuki Kongsi Cara Minta Ampun Dengan Ibu Yang Sudah Meninggal Dunia

Masih berpeluang untuk berbakti

Published

on

Kata orang, rindu yang paling sakit adalah rindu kepada mereka yang telah tiada.

Pastinya ada antara kita yang pernah mengalami kerinduan seperti ini setelah kehilangan insan tersayang, terutamanya jika yang pergi itu adalah ibu bapa tercinta.

Ada yang merasakan mereka belum cukup berbakti dan mungkin ada yang berbuat salah kepada orang tua.

Pada 4 November 2020, pemilik akaun Twitter @sopheanorden telah berkongsi satu video dari akaun TikTok Ustaz Ahmad Dusuki menjelaskan ada caranya.

Dalam video itu, soalan diberi:-

“Ustaz kalau kita byk buat dosa kt mak kita pastu mak kita dh meninggal dunia…adakah kita sebagai anaknya masih ada peluang utk minta ampun?”

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, seseorang masih berpeluang untuk mohon keampunan dengan syarat:

  1. Baca doa untuk dia.
  2. Bersedekah atas namanya.
  3. Pergi ziarah kuburnya.
  4. Sambungkan silaturrahim.

Semoga perkongsian ini dapat mengubat rasa rindu atau rasa bersalah yang pernah dilakukan kepada ibu mahupun bapa.

 

Sumber: TikTok Ustaz Ahmad Dusuki

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest