Connect with us
Geng Pagi Hot

Inspirasi

Versi Berbeza Bagi Takdir Yang Tertulis, Norman Hakim Berterima Kasih Buat Memey, Abby Dan Jai

Versi dunia realiti ini ternyata berkesudahan dengan keharmonian antara mereka

Published

on

Kehangatan episod akhir drama Takdir Yang Tertulis masih terasa setelah plot twist dalam episod tersebut berjaya memukau para penonton.

Turut menarik perhatian pelakon Norman Hakim, beliau membuat coretan mengenai drama itu namun versi kisahnya sendiri.

Perkara tersebut dikongsikan melalui satu hantaran beliau di Instagram pada 17 Februari 2021.

Melalui caption:-

“#TakdirYangTertulis musim ke-10 😂

Percaya pada Qada & Qadar dalam Rukun Iman yang Ke-6, in shaa Allah kita akan redha dengan takdir.Sayang & hargai insan sekeliling dengan meletakkan mereka bukan dalam hati,tapi dalam doa.Sebab hati akan sentiasa berbolak balik,tapi doa akan sentiasa kekal dilangit in shaa Allah”

Seperti yang ramai ketahui, rumah tangga Norman dan Abby Abadi suatu ketika dahulu telah dilanda badai yang menyebabkan perceraian berlaku.

Namun kehadiran Memey Suhaiza dan Jai Ezzany kini antara mereka telah mengundang kisah bahagia keluarga berkenaan.

Keharmonian yang wujud adalah kerana rasa tanggungjawab dan toleransi yang tinggi dalam diri keempat-empat mereka.

Hasilnya, dua pasangan ini bergandingan dalam membesarkan zuriat-zuriat mereka pula.

Oleh itu, Norman yang menghargai perkara itu, turut berterima kasih kepada insan-insan yang sangat penting buatnya:-

“Terima kasih sayang wifey @memeysuhaiza sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik & terima diri ini seadanya.Terima kasih sayang bok mantan isteriku @abby_abadi112 sentiasa menjadi ibu yang terbaik buat anak2 & terima kasih sayang Jai @jaiezzany menjadi suami terbaik buat ibu kepada anak2ku🤲🏻

Korang adalah sayap kekuatanku.Terima kasih sentiasa ada disisi.Terima kasih Ya Rabb hadirkan mereka ini dalam perjuanganku🤲🏻❤️”

Keluarga ini memang sangat bagus dan orang ramai boleh contohi keakraban yang mereka tunjukkan.

Sementara itu di ruangan komen, ramai yang turut menyenangi keluarga ini.

Semoga keharmonian keluarga mereka akan terus berkekalan.

 

Baca artikel berkaitan: Norman Hakim & Abby Abadi Hantar Anak Ke Sekolah Yang Sama, Kongsi Keterujaan Hari Pertama

Sumber: Instagram Norman Hakim

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest