Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

“Wanita Kadang Ketepikan ‘Kejayaan’ Mereka Kerana Ingin Berkorban Untuk Keluarga” – Farah Lee

Anak menjadi kekuatan seorang ibu

Published

on

Walaupun wanita dikatakan sebagai makhluk yang lemah, namun hakikatnya wanita menyimpan kekuatan yang sangat hebat.

Seorang ibu misalnya, sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anak mereka, walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga.

Personaliti media sosial, Farah Lee merupakan bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar yang mana perkahwinan mereka dahulu berakhir pada tahun 2016.

Melalui perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel.

Pada 2 November 2020, Farah Lee melalui Instagram telah berkongsi kejayaan dengan membeli sebuah kereta mewah dengan caption yang sangat berinspirasi.

 

Menurut Farah, perjalanannya tidak mudah sebelum ini apabila ada pihak yang melemparkan kata-kata negatif kepadanya.

Well, I didn’t focus on my business that much before because my priority was my family, I closed down my boutique to focus on raising my daughter at home, bibik asyik tak lekat tu rasanya hampir semua rumah camtu kot 🤷🏻‍♀️”

I didn’t have space to bloom. Suppressed. Lost.”

Bagaimanapun, setiap kesusahan dan kerja keras selalunya berakhir dengan kemanisan.

Now that the wall was demolished — I become me again, given and giving, bangkit dan berdiri di kaki sendiri, to this today, alhamdulillah.”

Farah juga mengingatkan tentang pengorbanan yang wanita lakukan, serta menasihatkan supaya orang ramai sentiasa menyokong para wanita.

“Wanita kadang ketepikan ‘kejayaan’ mereka kerana ingin berkorban untuk keluarga. Atau kadang mereka tidak mendapat berkat seperti yang diperlukan. Hargailah mereka. Sokonglah mereka. Kerana ketahuilah, mereka boleh saja lebih hebat sendiri.”

Farah mengakui dia turut merasa penat berjuang, tetapi ia satu perjuangan yang berbaloi.

“Ya, penat. Penat sangat. Tapi penat yang bahagia”

Hebat sungguh pengorbanan dan perjalanan yang dilalui Farah. Mungkin dari segi luaran, kesusahan itu tidak terlihat. Bagaimanapun mereka yang melaluinya sahaja tahu bebanan yang pernah dipikul.

Semoga kita boleh sama-sama menjadikan perkongsian ini sebagai sebab untuk terus berusaha dalam hidup!

Sumber: Instagram Farah Lee

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest