Seperti semua sedia maklum, penyanyi berbakat besar iaitu Naim Daniel kini sedang menjalani quarantine di rumah apabila penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19 selepas membuat persembahan di pentas Semi Final Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) pada 22 November yang lalu.
Tidak ketinggalan, penyanyi Naim Daniel turut mengambil peluang dalam tempoh quarantine ini untuk mengeluarkan lagu baharu berjudul Purnama, ciptaan Amzar Razqa, Hanis Rafi, dan Omar K. Amzar.
Menerusi siaran live di laman Instagram miliknya, dia berjanji sekiranya Music Video lagu Purnama trending nombor 1 di YouTube, dia akan memotong rambutnya yang kini sudah panjang.
Tanpa disangka, MV lagu tersebut telah trending dan kini Naim akan menunaikan janjinya kepada peminat yang selama ini tak pernah berhenti menyokong kerjaya seninya.
“Korang semua dekat nombor 1 sekarang ni, korang tau bukan saya! Thank you so much semua yang sokong saya selama ni. Kepada Naimians, kekuatan dan semangat saya daripada dulu sampai sekarang. Kita kena potong rambut la ni tapi masalahnya saya tengah quarantine.”
Menurut Naim, maksud sebalik lagu Purnama ialah mengisahkan tentang rasa sayang kita pada seseorang dan perasaan kasih dan sayang itu perlu diluahkan sebelum semuanya terlambat.
Apa yang menyentuh perasaan ialah Naim secara tiba-tiba menitiskan air mata kerana ibunya turut mengikuti live Instagram yang dilakukan pada 2 November lalu.
“Jom potong rambut! Nak potong mana satu cepat! Tumpul la gunting ni, tak nampak lah! Okay guys, saya dengar cakap mama la, potong sikit je! Tadaaa, okay guys Naim dah tunaikan janji potong rambut! Saya bukan scammer, saya cakap potong rambut tapi tak kata botak!”
Pandai Naim ni, dia ‘scam‘ peminat ya ingatkan nak potong pendek rupanya potong sikit tu je!
Apa pun tahniah diucapkan kepada Naim atas kejayaan lagu Purnama ni okay.
This site uses functional cookies and external scripts to improve your experience. Which cookies and scripts are used and how they impact your visit is specified on Dasar Privasi.
NOTE: These settings will only apply to the browser and device you are currently using.
Dasar Privasi
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.
Terma Penggunaan
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.