Connect with us
Hot Selebriti

Rilis

Doktor Gigi Hafiz Zainal Keluarkan ‘Rindu’

Best layan

Published

on

Bermula sebagai seorang youtuber hingga telah tercalon dan memenangi anugerah “Social Media Nova” dalam Anugarah Planet Muzik pada tahun 2013, penyanyi Hafiz Zainal kini sedang mengorak langkah untuk terus mencipta nama dalam seni suara.

Namun tidak dilupa, penyanyi ini juga merupakan seorang doktor gigi yang berkhidmat di sebuah klinik swasta.

Minat yang mendalam dengan nyanyian membuatkan Hafiz ingin ia berjaya seiring dengan kerjaya utama.

Pada 5 November 2020, Hafiz telah mengeluarkan lagu baru secara rasmi berjudul Rindu.

Lagu tersebut merupkan ciptaan Hang Nadim, Bunga Cantik & Freddy.

Tinjauan ke ruangan komen video klip lagu itu di YouTube menunjukkan rata-rata peminat meninggalkan komen positif dan suka akan buah tangan baharu itu.

Untuk rekod, sebelum ini Hafiz sudah mengeluarkan beberapa lagu antaranya Cinta Bukan Jalan Kita, Gadis Melayu Ayu dan Terasing.

Semoga langkah doktor gigi ini untuk mencari rentak dalam dunia seni semakin mendapat tumpuan peminat!

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest