Connect with us
Hot Selebriti

Rilis

Gabungan Hebat Tiga Jejaka Hael, Naim Dan Haqiem Merintih ‘Lara’

Kena dengan jiwa

Published

on

Nama tiga jejaka iaitu Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli tidak perlu diperkenalkan lagi.

Mereka bertiga sebelum ini pernah menerima kemenangan di Anugerah Juara Lagu dengan pencapaian masing-masing

Pada 6 November 2020, klip video rasmi lagu Lara nyanyian mereka telah dimuat naik secara rasmi di YouTube.

Jika menghayati lagu yang didendangkan ini, Lara menyampaikan suara hati lelaki yang tidak dihargai wanita.

Untuk mereka yang melalui situasi begitu mesti lagu ini dirasakan ‘kena’ dengan jiwa.

Lagu ini dicipta bersama oleh MFMF, Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli. Fuh patut la padu!

Rata-rata komen yang ditinggalkan berkaitan klip video itu memberi sokongan dan memuji kehebatan lagu tersebut.

Semoga para pendengar dapat memahami ‘kelaraan’ yang disampaika tiga jejaka berbakat ini.

Hot FM ingin mengucapkan tahniah atas kejayaang menghasilkan Lara!

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest