Connect with us

Rilis

Hasilkan Karya Ke-20, Peminat Tetap Beri Sokongan Penuh Pada Haqiem Rusli

Power Haqiem ni

Published

on

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah 12 tahun penyanyi berbakat besar, Haqiem Rusli menceburi bidang seni.

Tidak lama lagi pada 12 Disember ini Haqiem bakal mengeluarkan karyanya yang ke 20 sepanjang penglibatan diri dalam dunia hiburan.

“Syukur, lagu ke 20 hasil karya saya. More to come”

Lagu yang berjudul Kembali Tersenyum itu bakal dinyanyikan oleh Haziq Putra Band.

Haqiem bukan sahaja terkenal dengan suara yang hebat tetapi beliau turut mempunyai bakat besar dalam menghasilkan lagu-lagu berkualiti untuk penyanyi lain.

Dimaklumkan, lagu ini merupakan karya Haqiem yang ke 20 yang mana sebelum ini beliau pernah menghasilkan lagu untuk penyanyi lain antaranya ialah Irfan Haris, Sufi Rashid, Tajul Ariff, Putera Band dan banyak lagi.

Walaupun masih belum release di radio atau mana-mana platform, Haqiem telah berjaya menarik perhatian peminatnya yang tersendiri.

Rata-rata peminat memberi sokongan penuh kepada Haqiem dan terus mengharapkan banyak lagi karya hebat daripadanya selepas ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest