Connect with us
Projek Radio

Rilis

Lagu “Cinta Terakhir” Diberi Nafas Baru, Boleh Buat Pendengar Jatuh Cinta Kali Kedua

Merdu sungguh..

Published

on

Ada yang bertanya ke mana hilangnya penyanyi lagu Cinta Terakhir iaitu Aiman Sidek.

Aiman yang memulakan langkah dalam industri muzik tempatan selepas muncul naib juara program Akademi Nasyid di TV9 pada 2008 berkata, situasi itu berlaku akibat kesilapannya yang kurang menonjol dan menyepi dari publisiti.

Walau bagaimanapun, Aiman masih aktif dalam beberapa tahun ini dengan mencipta lagu untuk penyanyi tempatan, termasuklah lagu Wanitaku yang dinyanyikan oleh Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana.

Lagu Aiman berjudul Bunga Dhia turut menjadi OST drama Hati Perempuan untuk Slot Akasia pada tahun 2015.

Terbaharu, Aiman merakamkan semula lagu yang diminati ramai bertajuk Cinta Terakhir yang diberi nafas baru.

Lagu itu turut diserikan lagi dengan suara rakan duet, Syazmin. 

Apa yang boleh dikatakan, lagu versi baru ini kedengaran lebih ‘segar’ dan dapat dihayati dengan lebih baik.

Syabas Aiman Sidek dan team atas penghasilan karya yang diberi nafas baru ini!

 

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest