Connect with us
Projek Radio

Rilis

Super M Buat Peminat Malaysia Teruja Sebab Kuala Lumpur?

Super M nak datang Malaysia ke tu…

Published

on

Baru-baru ini, kumpulan Super M baru sahaja melancarkan album pertama mereka Super One pada 25 September.

Anggota Super M terdiri daripada tujuh orang iaitu Taemin dari Shinee, Baekhyun, Kai dari EXO, Taeyong, Mark, Ten dan Lucas dari NCT yang bernaung di bawah SM Entertainment.

Namun, apa yang menarik di sini adalah dalam salah satu konsep foto album Super One untuk Taemin telah mencuri perhatian peminat terutamanya dari Malaysia.

Ini kerana apabila dilihat dari perbezaan setiap gambar ahli Super M, rata-rata ia berlatar belakang gambar helikopter atau kapal terbang. Namun, pada gambar latar belakang Taemin adalah gambar pemandangan bandar Kuala Lumpur. 

Tidak pasti dengan apakah motif bandar KL pada gambar tetapi ramai peminat yang tertanya dan membuat spekulasi bahawa satu hari Super M bakal datang ke Malaysia.

Di samping itu, peminat juga berbangga kerana dua menara kebanggaan negara iaitu KLCC dan KL Tower terpampang dalam gambar rasmi konsep foto Super M.

Selain itu, album Super One itu juga akan difahamkan akan mempunyai 15 lagu termasuk One (Monster & Infinity), Infinity, Monster, Wish You Were Here, Big Chance, 100, Tiger Inside, Better Days, Together At Home, Drip, Line ‘Em Up, Dangerous Woman, Step Up, So Long dan With You.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest