Connect with us
Geng Pagi Hot

Rilis

‘Tudung Periuk’ Menjadi Buah Tangan Terbaharu Dayang Nurfaizah

Merdu lagu ni mendayu-dayu

Published

on

Penyanyi Dayang Nurfaizah mempunyai kekuatan vokal yang tidak dapat dinafikan lagi.

Tidak hairanlah, beliau sudah banyak kali memenangi trofi untuk kategori vokal terbaik dalam beberapa anugerah terkemuka dalam industri hiburan.

Pada 14 Januari 2021, Dayang memberitahu tentang buah tangan terbaharunya berjudul Tudung Periuk.

Lagu tersebut yang berirama klasik kedengaran sangat merdu serta mendayu-dayu dengan nyanyian daripada beliau.

Dayang menulis pada ruangan caption:-

Selepas muncul dengan album ‘Kasih’ lebih 15 tahun dulu, Dayang sudah lama berharap agar diberi peluang untuk tampil lagi dengan sebuah album lagu-lagu klasik, dan tahun ini impian itu terlaksana, dan Dayang ingin berkongsi momen ini bersama semua peminat-peminat Dayang.

Menurutnya, beliau sudah lama berharap untuk kembali mempunyai sebuah album dengan lagu klasik.

Hajatnya tercapai pada tahun 2021 dengan penghasilan sebuah album diberi nama Belagu.

Menurutnya, perkataan ‘belagu’ membawa maksud’ menyanyi’:-

Dayang namakan album ini ‘BELAGU’ dan Dayang rasa judulnya sesuai dengan apa yang Dayang persiapkan untuk kalian menerusi album yang bakal menemui semua Februari ini. ‘BELAGU’ itu adalah perkataan dari bahasa Melayu Sarawak yang membawa maksud ‘menyanyi’.

Menceritakan tentang album tersebut, Dayang merasakan penghasilannya juga adalah berbeza dengan karya sebelum ini:-

Album ini cukup istimewa yang mana Dayang rakamkan secara ‘live’ selama 2 hari bersama iringan pemuzik hebat dibawah naungan penerbit yang Dayang sendiri sanjungi @aubrey_suwito.

Untuk permulaan, Dayang melancarkan lagu Tudung Periuk sebagai buah tangan pertama daripada Belagu.

Video muzik rasmi Tudung Periuk dapat disaksikan pada 15 Januari 2021 pada jam 9 malam.

Kami di Hot FM ingin mengucapkan tahniah atas penghasilan karya Dayang pada kali ini!

 

Sumber: Instagram Dayang Nurfaizah dan YouTube Dayang Nurfaizah

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest