Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

BCL Sambut Ulangtahun Perkahwinan Kali Pertama Tanpa Ashraf Sinclair

Semoga terus kuat

Published

on

Masih teringat kisah duka yang diterima pada 18 Februari 2020, apabila orang ramai dikejutkan dengan berita pelakon yang berasal dari Malaysia iaitu Ashraf Sinclair, telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Indonesia.

Pada 9 November 2020, isteri Allayarham Ashraf Sinclair yang juga merupakan seorang penyanyi tersohor di Indonesia, iaitu Bunga Citra Lestari telah memuat naik satu foto di Instagram.

Melalui perkongsian itu, ia menunjukkan foto Bunga menziarahi kubur suaminya dengan disertakan captionHappy Anniversary ❤️”

Pasangan Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair telah bernikah pada 8 November 2008.

2020 menyaksikan sambutan ulangtahun perkahwinan ke-12 mereka tanpa kehadiran Ashraf Sinclair.

Terdahulu, Bunga mengeluarkan satu single berjudul 12 Tahun Terindah yang mengisahkan tentang dirinya bersama suami tercinta.

Semoga Bunga akan terus kuat menjalani hidup bersama anak tunggalnya, Noah Sinclair.

Baca artikel berkaitan: Lagu Baharu Bunga Citra Lestari Cecah 4.3 Juta Tontonan Tak Sampai 24 Jam Dimuat Naik di YouTube

Sumber: Instagram Bunga Citra Lestari

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest