Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

14 Hari Kuarantin Diri Tak Keluar Bilik, Nabil Mahir Sediakan Tong Sampah Besar Jaga SOP Punya Pasal

Betul jaga keselamatan ni!

Published

on

Pelakon dan pengacara yang juga merupakan tunang kepada Ayda Jebat, iaitu Nabila Mahir memaklumkan bahawa dirinya telah tamat menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di laman sosial baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)

Hantaran yang dimuat naik itu memberitahu bahawa beliau telah menjalani swab test sekali lagi dan disahkan bebas daripada virus itu.

“Alhamdulillah as we are negative from Covid-19!” 

Sementara itu, Nabil turut menceritakan sedikit kisahnya ketika self-quarantine di mana dirinya sangat berdisiplin dan dikatakan tidak keluar bilik ataupun rumah selama 14 hari demi keselamatan keluarganya.

“Sebenarnya Nabil dah 14 hari locked up kat dalam bilik tak keluar. Apa-apa yg dihantar ke bilik seperti makanan dan bekasnya, tak keluar dah. Siap beli tong sampah besar supaya sampah pun tak keluar dari bilik ni. 😁 Sangat jaga SOP sebab pentingkan keselamatan family dan orang lain.”

“Dulu quarantine kat rumah 3 bulan time MCO da 1 experience, but bila quarantine kat bilik je sorang2 is a whole new experience.” tulis Nabil

Duduk rumah seorang diri pun dah bosan apatah lagi berhari-hari kan?

Dalam pada itu Nabil turut meluahkan rasa syukur kerana semuanya sudah selesai dan turut memohon agar semua orang menjaga diri, mengikuti SOP dan tidak mementingkan diri dalam mencegah virus COVID-19.

“Whatever it is, alhamdulillah semuanya da selesai dan baik-baik saja.”

“Tolonglah semua, please please jaga diri by follow SOP. Hanya dari perbuatan kita sendiri yang kita dapat kalahkan isu pendamic ini.”

“Kalau ade berdekatan dengan case positive Covid-19, tolong la guna akal yang ada untuk quarantinekan diri. Sedih dan marah bila tengok makhluk yang tak bermoral seperti orang yg da pakai pink bracelet tapi nak keluar macam biasa. Jangan jadi punca cluster baru.”

“Let’s put a stop to this pendamic. Jagalah kebersihan. Tingkatkan moral. Disciplinekan diri. Kita bole menang.”

Sebelum ini, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Januari 2021.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest