Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

“2 Smart Boys In One Video!” Ney Ney Dan Wira Kini Bersahabat Baik!

Comelnya Wira dengan Ney Ney ni! Nora dengan Betty pun BFF, mesti la diorang pun nak jadi BFF kan!

Published

on

Kata orang, kalau mak ayah dah jadi kawan baik tak mustahil anak pun akan ikut jejak yang sama kan?

Begitu juga lah yang terjadi kepada anak-anak pelakon Nora Danish dan Betty Rahmad apabila anak sulung mereka iaitu Mohamed Neqayl serta Ardy Wira turut menjadi sahabat baik ketika mereka masih kecil lagi.

21 Februari lalu, kedua-dua keluarga kecil ini mengambil keputusan untuk beriadah bersama-sama sambil melakukan aktiviti petang serta berkelah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Betty telah memuat naik satu video pendek menunjukkan aksi comel antara Ney Ney dan Wira ketika mereka beriadah.

Ney Ney kelihatan seperti seorang abang ketika menyuapkan buah kepada Wira sambil disaksikan oleh Nedim Nazri iaitu suami Nora sendiri.

Ramai turut terhibur melihat aksi mereka berdua dan berharap mereka bakal menjadi sahabat baik sehingga dewasa nanti.

Dalam masa yang sama, kedua-dua si kecil itu turut menikmati masa mereka bersama sebagai sahabat baik!

Nanti kalau dah besar sikit mesti dua-dua hero ni akan jadi bestfriend dan akan protect mummy diorang!

 

Sumber foto dan video: Instagram Betty Rahmad dan Nora Danish

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest