Connect with us

Selebriti

2 Tahun Bercinta, Shalma Eliana Dan Ismail Izzani Tidak Sorok Hubungan Lagi

Sepadan lah!

Published

on

Nampaknya penyanyi BBNU seakan selebriti Kpop yang juga kegilaan ramai gadis, Ismail Izzani kini sudah berpunya!

Tidak menyembunyikan perhubungan dan bersikap lebih terbuka, Ismail sedang hangat bercinta bersama adik kepada personaliti TV, Shalma Ainaa iaitu Shalma Eliana.

Mendedahkan kisah di awal perkenalan mereka, Shalma memberitahu bahawa dia mula berkawan dengan Ismail sejak belajar di tingkatan dua dan hubungan menjadi bertambah rapat apabila Shalma menyanyikan ‘cover’ lagu Sabar yang dimuat naik di YouTubenya.

Awh! Dalam pada itu, Shalma turut mengaku hubungan mereka santai, ‘baik-baik sahaja’ dan tiada tekanan antara mereka.

“Kami tahu rentak dan faham diri masing-masing. Walaupun kami muda, saya dan Ismail tahu mengurus masa. Masa bekerja, kami fokus. Apabila berada dalam industri sama, kami belajar untuk menjadi lebih baik”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YANA (@shalmaeliana)

Dua tahun bermadu kasih, mereka juga memilih untuk bersikap jujur dalam perhubungan dan tidak terlalu memikirkan soal jodoh di masa depan.

“Saya dan Ismail jujur dalam soal peribadi. Semua itu dilakukan kerana kami mahu telus dengan pengikut dan peminat. Kami jenis sempoi, terbuka dan cuba sebarkan hal positif. Soal masa depan nanti, jadi atau tidak, tolak ketepi dahulu kerana di luar kawalan diri”

“Kami selesa nikmati apa yang terbentang di depan mata. Kami sudah dua tahun bersama. Insya-Allah untuk tahun mendatang, kami masih bersama” 

Shalma yang dilihat sering membuat video cover lagu bersama kekasihnya itu bersemangat membuktikan usia muda bukan halangan untuk mengejar cita-cita dan dalam masa sama menikmati bahagia dengan menjalinkan cinta.

Turut mendedahkan, Shalma memberitahu bahawa Ismail sebenarnya lebih manja daripada dirinya!

“Mael lebih manja. Saya jenis selamba dan sempoi. Tapi dia ada sisi ‘sweet’ sebab dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan kasih sayang.

“Saya cuba belajar bagaimana hendak melayan perangai manjanya. Kami sama-sama boleh bertolak ansur,” katanya.

Comel dan sepadan juga tengok mereka berdua ni!

Sumber : Berita Harian & Instagram Shalma Eliana

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest