Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Adik Ipar Syatilla Melvin ‘Pakai Tudung’, Shaheizy Sam Berdoa Sambil Tahan Gelak!

Rakaman tu diambil daripada CCTV rumah Syatilla, sebab tu kita dapat tengok dengan jelas dan bukannya mereka rakam sewaktu sedang solat.

Published

on

Seronok rasanya kalau ahli keluarga semua duduk berhampiran dengan kita dan dalam masa yang sama boleh berkumpul ramai-ramai.

Tapi bila dah berkumpul ramai-ramai tu, mula lah terjadi adegan yang tak diduga sampai mengundang gelak ketawa semua orang.

Satu kejadian lucu telah berlaku pada keluarga pelakon Syatilla Melvin apabila suami kepada adiknya iaitu Syida Melvin secara tidak sengaja memakai tudung sewaktu sedang solat!

Kejadian tersebut telah berjaya di rakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di rumah Syatilla dan Sam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CDA (@syidamelvin)

Asalnya Shafiq Shaheen sedang memakai ghutra dan egal sewaktu sedang menunaikan solat, tetapi sewaktu sedang sujud, egal yang dipakainya telah terjatuh tanpa sengaja.

Disebabkan kejadian tersebut yang berlaku di hadapan mata, suami Syatilla iaitu Shaheizy Sam telah berhadapan dengan situasi yang cemas apabila beliau terpaksa menahan ketawa sambil berdoa!

Lebih kurang dalam masa 10 saat, pelakon filem Polis Evo itu terpaksa menahan ketawa sebelum solat Shafiq terbatal kerana beliau sendiri tidak dapat menahan diri daripada terus gelak.

Rata-rata pengikut di laman Instagram Syida turut terhibur dengan apa yang terjadi dan ada juga yang menasihati mereka agar tidak kongsikan video seperti itu yang mungkin akan mendatangkan fitnah.

Apa pun, semoga kita semua tidak berhadapan dengan situasi seperti ini, penat ya nak tahan gelak!

Sumber foto dan video: Instagram Syida Melvin

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest