Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Air Pasang Teluk Likas: Bella Dally Nasihat Penduduk Tempatan

Hati-hati guys..

Published

on

Pada 13 Januari, negara telah digemparkan dengan berita kejadian air pasang di pesisir Pantai Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut wartawan yang bertugas, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8 malam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh wartawan berkenaan, kelihatan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turun padang mengawal lalu lintas di kawasan berhampiran pantai di situ.

Fenomena berkenaan turut mendapat perhatian pelakon Bella Dally yang melahirkan rasa kebimbangannya di laman sosial Instagram.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku tidak jauh dari rumahnya di Sabah.

Bella juga sempat menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian air pasang, angin kencang dan laut bergelora di perairan Sabah menyebabkan berlakunya limpahan air di pesisir pantai.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Amir Zudi Hashim Amir menggesa orang awam khususnya yang tinggal di kawasan berhampiran supaya tidak menghampiri kawasan pantai bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini.

 

Sumber daripada: Twitter SMFauzi, Instagram Bella Dally & Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest