Connect with us
Hot FM

Onz

AJL 35: Netizen Sepakat Pilih Busana Ernie Zakri Sebagai Baju Tercantik, Ini Ulasan Pereka Fesyennya

Persoalan tentang konsep baju yang digayakan oleh Ernie Zakri akhirnya terjawab..

Published

on


Itulah ciapan daripada netizen yang menyokong mengatakan bahawa busana yang digayakan oleh penyanyi Ernie Zakri pada malam Anugerah Juara Lagu Ke-35 pada 14 Mac adalah baju yang tercantik.

Tweet pertama itu mendapat lebih daripada 247 ulang ciap menandakan orang ramai turut bersetuju dengan kenyataan yang ditulis oleh pengguna yang menggunakan nama Yiyien.

Menariknya tentang busana berkenaan, ia direka khas dari budaya Peranakan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pereka fesyen busana berkenaan menerusi laman Instagram miliknya.

“Pada asalnya, kami bermula dengan rona merah cili, cuma pada saat-saat akhir, kami menukarkan kepada hitam rona monokromatik; agar mood berkabung itu lebih bangkit,”

Menurut mereka juga, tiada perincian sarat mewah kali ini, sebaliknya mereka hanya mengharapkan kerdipan batu yang dipilih.

“Tidak suka, tidak mengapa. Tidak hidup dek puji, tidak mati dek keji. Yang penting, Ernie tampil ‘statuesque’; tak ubah seperti tugu peringatan lambang cinta abadi,”

Menerusi laman Instagram Ernie pula, penyanyi yang dinobatkan sebagai pemilik trofi vokal terbaik menerusi nyanyian Gundah itu turut menceritakan serba sedikit kisah di sebalik baju berkenaan selain melahirkan penghargaan buat semua yang terlibat bagi menjayakan anugerah berkenaan.

“Ya, baju ini saya “pay homage” to Allahyarhamah Rokayah binti Abdullah, nenek saya. Berasal dari Melaka, gemar memakai kebaya, bercinta dengan atok awal tahun 50-an,”

Wah, good job Amaze Official dan team kerana berjaya merealisasikan hasrat dan impian Ernie!

Apa-apa pun tahniah kak Ninie! You deserve it! Semoga kak Ninie terus berjaya pada masa akan datang..

 

Sumber foto: Instagram Amaze Official

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest