Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Akhirnya Bertemu, Aliff Aziz Kini Bersatu Semula Bersama Keluarga

Alhamdulillah terubat rindu

Published

on

Setelah hampir setahun tidak bertemu, akhirnya pasangan suami isteri yang pernah dilanda kontroversi rumah tangga sebelum ini dapat bertemu juga.

Aliff Aziz sebelum ini ‘terkandas’ di negara kelahirannya iaitu di Singapura akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada awal tahun 2020 lalu.

Pada 21 Disember, Aliff telah dapat kembali ke pangkuan isterinya iaitu Bella Astillah dan kedua-dua cahaya matanya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Pelakon berusia 29 tahun itu ada kongsikan satu video boomerang memperlihatkan Bella sedang memandu kereta, kemungkinan baru sahaja menjemputnya dari lapangan terbang.

Dalam masa yang sama, Bella turut memuat naik satu video pendek di Instagram story miliknya, menunjukkan Aliff sedang menikmati makanan di rumah sebagai tanda menyambut kepulangannya.

Tak sabar rasanya nak tunggu video dan foto terbaharu mereka sekeluarga.

Sumber foto: Instagram Aliff Aziz dan Bella Astillah

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest