Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

“Aku Dah Banyak Bagi Muka…” Zarina Anjoulie Dan Suami Sah Bercerai Kali Kedua

Belum pernah kongsi 'luahan' di media sosial, suami Zarina Anjoulie tampil dedah status cerai di Instagram

Published

on

“Alhamdulillah aku dah cerai. Anju nak benda ni viral supaya dia boleh dapat views yang tinggi. Jom support dia guys. Bagi dia perhatian sebab semua orang, anj*ng, kucing tengah kisah dan heran tentang dia. Ayuh support Anju”

Terbaharu, pelakon Zarina Anjoulie atau dengan nama sebenarnya  Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul tampil kali kedua mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas.

Zarina berkongsi berita penceraian tersebut menerusi laman Instagram miliknya setelah hantaran sebelumnya yang dimuat naik berbaur ‘luahan’ negatif terhadap suaminya, namun telah dipadam tanpa memberi maklumat selanjutnya mengenai alasan disebalik penceraiannya yang kali kedua ini.

Walau bagaimanapun, mengikuti laman Instagram milik bekas suaminya, Yas ada memuat naik gambar kenyataan berikutan pengakuan penceraiannya serta beberapa hantaran mengenai bekas isterinya itu.

Dalam pada itu, terdapat beberapa kenyataan gambar yang dikongsi sedikit sebanyak telah menggambarkan isu-isu keretakan rumah tangga yang dialami oleh pasangan terbabit.

“Bunga bukan sekuntum. Maruah jela kena jaga. Maruah diri lagi, family lagi, anak-anak lagi. Dah cukup dah kot bersabar. Malas dah. Baik focus diri sendiri”

Kata Yas, dia kini hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada dirinya sahaja selain mengakui sudah ‘penat’ bersabar.

“Aku dah banyak bagi muka sampai takde muka dah. Hidup lah kau dengan tenang. Inalillah. RIP”

Setakat 3 Mei 2021, bekas suami kepada Zarina Anjoulie telah sah melafazkan talak 1 menerusi pengakuan di Insta Story miliknya.

Beliau turut memberi komen mengenai dakwaan sebagai ‘childish’ yang mungkin terpalit terhadap dirinya kerana memuat naik status penceraiannya, dimana sebelum ini belum pernah dia ceritakan.

Berita selanjutnya, menyusul.

Ditulis Oleh : Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Eilyas Azhar dan Zarina Anjoulie

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest