Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Akui Paranoid Dengan Pandemik COVID-19, Mimi Lana Dedah Keputusan Swab Test

Hati-hati semua…

Published

on

Susulan penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar mengumumkan dirinya positif COVID-19 melalui Instagram miliknya  pada 22 November 2020 lalu, ramai rakan artis turut melakukan swab test ataupun ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

Malah umum mengetahui bahawa disebabkan itu, pihak Separuh Akhir Muzik Muzik ke 35 juga turut menundakan rancangan tersebut kerana mengambil kira faktor keselamatan semua.

Terbaharu, pelakon jelita Mimi Lana meluahkan rasa paranoid terhadap wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan di laman sosial Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Di dalam video itu Mimi dilihat menyuarakan kebimbangannya, malah turut memberitahu bahawa keputusan ujian COVID-19 yang dilakukannya baru-baru ini, membawa perkhabaran gembira di mana dia disahkan bebas dari virus itu.

Sementara itu di ruangan kapsyen, Mimi turut mengingatkan kepada para pengikutnya di laman sosial berkenaan untuk tidak pernah putus asa melawan virus ini dan mengamalkan garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan.

“Saya harap semua orang tabah dan kuat untuk menjalani situasi getir Ini. Doa saya untuk kalian rakyat Malaysia tidak pernah putus”

“Patuhlah SOP, sentiasa mengamalkan kebersihan dan tolong pakai mask tak kira la dekat mana mana. Walaupun lokasi yang korang nak pergi tu hanya 1 meter dari rumah, tolong lah pakai mask. Saya faham kita semua ada tanggungjawab masing masing. Terpaksa keluar bekerja, terpaksa berjumpa orang, beli barang keperluan dalam masa yang sama kita kena hadap situasi begini jadi sentiasalah kita jaga kebersihan, jarak kita dengan orang, jangan degil”

Dalam pada itu, Mimi juga turut mengucapkan rasa terima kasih kepada semua frontliners yang telah berusaha melakukan terbaik ketika pandemik ini.

“To all the healthcare workers and other frontline workers in Malaysia , thank you so much for all your hard work and support during this difficult time . Your humility, kindness and strength are greatly appreciated. Thank you for being our nation’s guiding light in the face of this adversity. You are the real heroes! 💖”

Sama-sama kita remind diri kita untuk terus ada rasa bertanggungjawab, mencegah diri dari dijangkiti wabak COVID-19. #KitaJagaKita

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest