Connect with us
Projek Radio

Selebriti

Akui Sudah Tidak Pakai Tudung, Suami Sarah Hilderbrand Hormati Dan Sokong Keputusannya

Hmm, sayangnya…

Published

on

Ingat tersalah post gambar lama, rupa-rupanya pelakon cantik manis, Sarah Hilderbrand yang berdarah kacukan German ini memang sudah membuka tudung.

Pelakon Pujaan Hati Kanda itu telah membuat keputusan mengejutkan selepas mula bertudung sejak tahun 2015 yang lalu.

Gambar Sarah tanpa tudung telah dimuatnaik olehnya sendiri di Instagram miliknya pada 14 Oktober yang lalu

Sarah telah dihubungi oleh pihak akhbar Berita Harian mengenai perkara tersebut dan dia telah mengesahkan yang dia sememangnya sudah tidak berhijab.

Terima kasih kepada netizen yang tidak pantas menghukum dan menyokong apa yang dilakukan.

Ada sebab kenapa saya membuat keputusan ini. Kita tak tahu apa yang dilalui setiap manusia termasuk saya sendiri.

Baginya sudah terang lagi bersuluh tentang gambarnya yang sudah tidak berhijab jadi disebabkan itu dia tidak mahu menjawab soalan netizen yang seakan-akan menghukum dirinya atas keputusan itu.

Terkini, Sarah telah mengunci akaun Instagram miliknya sejak pagi tadi, mungkin kerana terlalu ramai netizen yang mengecam tindakannya itu.

Sebelum ini, Sarah pernah memuatnaik satu foto lamanya ketika sekitar tahun 2008 yang tidak bertudung, daripada situ ada netizen yang beranggapan Sarah bagaikan memberi hint untuk membuka tudung semula.

Pada masa yang sama, suami Sarah iaitu Otto Gillen turut menyokong keputusan isterinya itu.

Dia juga berharap supaya tiada sesiapa yang menghantar mesej kepadanya bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan mereka mengenai perkara itu.

Mungkin ada sebab peribadi mengapa Sarah berbuat begitu, kita hormati sahaja la keputusannya itu okay.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest