Connect with us
Hot FM

Selebriti

Alif Satar Suarakan Kerinduan Terhadap Isteri, Responnya Buat Ramai Sebak

Sikit lagi Alif!

Published

on

Umum mengetahui penyanyi dan pengacara Alif Satar kini dikuarantin selepas disahkan positif wabak COVID-19.

Namun, laman sosial miliknya termasuk Instagram tidak pernah sepi daripada kemaskini oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Jangan Nakal itu.

Terbaharu, Alif telah memuat naik satu foto serta kapsyen menyatakan kerinduannya terhadap isteri, Shadila Halid.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah respon yang diperoleh serta ditulis oleh isterinya.

Rata-rata sebak dengan respon berkenaan, selain turut mengambil peluang untuk membalas komen isterinya itu dengan menyatakan mereka turut faham perasaan yang dialami pasangan tersebut.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rakan-rakan artis dan peminatnya turut meninggalkan kata-kata semangat termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dato Hattan, Naim Daniel, Elly Mazlein, Ippo Hafiz, Catriona Ross, Sharnaaz Ahmad, Anuar Zain dan ramai lagi.

Untungnya Alif, ramai sayang dia! Semoga cepat sembuh ya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest