Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

“Alisa ‘Tuck’ Nangis” Peminat Terhibur Yusuf Iskandar Cakap Pelat, Sikap Penyayang Dapat Pujian

Geramnya tengok dua beradik ni!

Published

on

Keletah anak-anak pasangan pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini tidak pernah mengecewakan pengikut mereka di laman Instagram.

Melihat keakraban dan kemanjaan Yusuf Iskandar serta Alisa Aisyah ini, membuatkan kita turut berasa terhibur dengan gelagat mereka.

Menerusi laman Instagram Yusuf sendiri, terdapat satu video pendek memaparkan keletahnya bersama dengan Alisa.

Sedang asyik ketawa, secara tiba-tiba kepala Alisa terhantuk di lantai dan nampaknya hentakan itu agak kuat sehingga membuatkan Yusuf sendiri terkejut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar)

Sebagai seorang abang yang bertanggungjawab, dengan begitu pantas Yusuf terus menghampiri Alisa untuk memeriksa keadaan si comel itu.

“Alisa tak nangis. Alisa is laughing.”

Gelagat mereka berdua ini turut mendapat perhatian pengikut setia di Instagram dan rata-rata mereka memuji sikap prihatin Yusuf yang sangat menyayangi adiknya itu.

Lebih melucukan apabila ada yang terhibur dengan slang Bahasa Melayu yang digunakan oleh Yusuf itu, maklum la sebelum ini Yusuf lebih gemar bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Bila dah cakap Bahasa Melayu, confirm ada bunyi pelat di situ.

Nampaknya Hanis dan Hairul telah berjaya mendidik anak-anak mereka dengan cara yang terbaik!

Sumber foto: Instagram Yusuf Iskandar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest