Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Onz

“Anak Aku Aktif Macam Aku” – Ain Edruce Sahkan Dirinya Hamil

Alhamdulillah, tumpang gembira.

Published

on

Sebelum ini, ramai yang menegur tentang perubahan bentuk badan pelakon dan pengacara Ain Edruce yang kelihatan seperti seorang wanita hamil.

Pada 29 November 2020, Ain telah mengumumkan berita baik dirinya hamil melalui perkongsian di YouTube channel miliknya.

Dalam video yang dikongsikan tersebut, Ain telah menggabungkan video-video rakaman ketika dirinya memberitahu suami, keluarga dan kenalannya mengenai berita baik itu.

Antara yang menarik adalah reaksi suaminya, Amirul yang banyak kali bertanya tentang kesahihan perkongsian berita kehamilan isterinya.

Selain itu, keluarga dan kenalannya juga menunjukkan respon teruja dengan perkara tersebut.

Dalam pada itu di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah atas berita yang dikongsikan.

Kami di Hot FM mendoakan semoga proses kehamilan Ain Edruce berjalan lancar dan take care Ain!

 

Sumber: YouTube Ain Edruce

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest