Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

“Anak Dah Besar, Mak Makin Cantik” 12 Tahun Berlalu, Ramai Mahu ‘Makeup Tutorial’ Nora Danish

12 tahun berlalu tapi Nora Danish tetap maintain cantik dan awet muda, apa agaknya rahsia dia ya?

Published

on

Biasanya kita ni makin lama makin berusia dan bila usia dah bertambah mesti wajah pun akan nampak lain.

Tetapi tidak bagi pelakon Nora Danish yang kini dilihat semakin cantik walaupun sudah memiliki dua orang cahaya mata.

Terkini, Nora ada kongsikan foto throwback menunjukkan dirinya bersama anak pertamanya iaitu Putra Rayqal yang mana ketika itu beliau berusia 27 tahun.

Namun, hakikatnya wajah Nora tidak jauh beza kerana beliau masih lagi kelihatan cantik, malah bertambah jelita!

Apa yang lebih menarik lagi ialah ada antara peminat Nora turut meminta ‘tutorial makeup’ smokey eyes yang digayakan olehnya pada 12 tahun lalu.

Nampaknya Nora ni betul-betul awet muda, apa lah agaknya rahsia Nora maintain cantik ya?

Untuk maklumat kini pelakon berusia 39 tahun itu masih lagi ulang alik dari rumah ke hospital bagi menjaga anaknya, Rayqal yang kini sedang menerima rawatan di sana.

Semoga Rayqal baik-baik sahaja!

Sumber foto: Instagram Nora Danish

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest