Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

“Anak Ibu Nak Masuk 3 Tahun” Masa Berlalu Dengan Cepat, Tok Ti Macam Tak Percaya Aafiyah Dah Besar

Tak sabar tunggu baby boy!

Published

on

Pada tanggal 18 Mac 2018 lalu, kita semua telah menerima berita gembira apabila penyanyi nombor 1 negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan seorang puteri sulung yang dinanti-nantikannya.

Namun, 18 Mac 2021 nanti, puteri tersebut yang diberi nama Siti Aafiyah bakal berusia 3 tahun dan sebagai seorang ibu, Dato’ Sri Siti atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tok Ti bagaikan tidak mempercayai bahawa anaknya itu sudah besar.

Tok Ti telah memuat naik beberapa keping foto di laman Instagram miliknya yang tidak menyangka bahawa masa berlalu dengan begitu pantas.

Rata-rata netizen turut merasakan masa berlalu dengan pantas apabila Aafiyah kini sudah pandai untuk bercakap dan tidak lama lagi si kecil itu akan mendapat adik pula!

Peminat TokTi turut sempat menitipkan doa buat keluarga kecil itu dan berharap agar semua urusan mereka dipermudahkan.

Penyanyi lagu Siapa Tak Mahu itu turut bakal menyambut kelahiran cahaya mata keduanya pada tahun 2021 ini.

Ramai nampaknya dah tak sabar nak tunggu baby boy Tok Ti dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu lahir!

Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Sumber foto: Instagram Tok Ti

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest