Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Anak Tulis Surat Kerana Pulang Lewat, Nabila Huda Adakala Rasa Diri Gagal Jadi Ibu Yang Baik

Pengorbanan ibu yang bekerjaya

Published

on

Kesibukan ibu bapa yang bekerja boleh menyebabkan waktu yang diluangkan bersama anak-anak menjadi kurang.

Perkara ini perlu diberi kefahaman untuk ibu bapa dan juga anak-anak.

Pada 25 November 2020, pelakon Nabila Huda telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Menurut perkongsian Nabila yang turut menggelar dirinya sebagai Abil:-

“A letter from my gorgeous daughter.. Neighbours maksud dia,my room kan next to her! So every night dia akan dengar neighbour dia ni gelak kuat-kuat before sleep! Haha..Actually bila abil baca surat ni, abil automatically jadi sedih sebab you know my job is not easy sebab MASA dalam hidup abil bersama family is never enough. Abil berkorban banyak benda demi kerjaya abil..And i am blessed to have her in my life sebab dia very supportive and sentiasa memahami yang mummy dia selalu tak cukup masa untuk buat benda lain dalam hidup. Kadang-kadang abil rasa abil failed as a mother sebab i’m always away..Always on set, less sleep, less time..That’s the hardest part being me..I really love you so much babykash..💕”

Abil menceritakan mengenai surat yang diberikan oleh anak perempuannya kerana Abil telah pulang lewat.

Namun, membaca surat itu boleh membuatkan penat seorang ibu terubat dengan tulisan yang juga diselitkan dengan kata-kata lucu.

Bagaimanapun, Abil turut menyuarakan suara hati yang kadang-kadang merasakan dirinya gagal menjadi seorang ibu kerana selalu berjauhan dengan anaknya atas urusan kerja.

Mujurlah anaknya seorang yang memahami dan sentiasa menyokong Abil.

Takpe Abil, selepas ini bila sudah ada masa terluang, jadikan ia momen berharga  untuk ‘melekat’ dengan keluarga pula.

 

Sumber: Instagram Nabila Huda

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest