Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Andi Bernadee ‘Mandi’ Tepung, Netizen Tegur Kenapa Nak Membazir

Happy birthday Andi

Published

on

Macam dah jadi tradisi pula kan kalau nak sambut birthday je mesti akan ada ‘bahan tambahan’ seperti tepung atau telur.

Tapi rasanya dulu benda tu biasa sahaja, cuma bila sekarang ni kita dilanda pandemik Covid-19, itu yang buatkan ia menjadi satu perkara luar biasa sehingga dikecam oleh netizen.

Itu la apa yang terjadi kepada penyanyi Andi Bernadee apabila beliau dikecam oleh segelintir netizen kerana menggunakan tepung sebagai simbolik untuk menyambut hari lahirnya pada 30 November yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PENAT is Out Now ! (@andibernadee)

Namun sebenarnya kehadiran tepung itu juga tidak diketahui oleh Andi kerana penyanyi itu sendiri tidak tahu akan ‘dimandikan’ dengan tepung yang menjadi pilihan untuk membuat cucur itu.

Kalau diikutkan pada posting Instagram, penyanyi lagu Satu Peluang itu didatangi oleh rakannya bersama dengan tepung dan dirinya sendiri terkejut dengan perkara itu.

Rata-rata netizen ada yang memberi ucapan hari lahir kepadanya tetapi tak ketinggalan ada segelintir yang mengecam perkara itu.

Bagi mereka tepung merupakan sumber makanan yang penting buat sesetengah orang kerana di saat ini ada yang tidak mampu untuk membeli makanan.

Jadi ia merupakan satu pembaziran, sebaiknya tepung itu digunakan untuk memasak, bukannya membazir seperti itu.

Jangan la marah Andi, dia pun tak tahu akan ‘mandi’ tepung malam tu tapi apa pun lepas ni jangan membazir okay!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest