Connect with us
Hot FM

Selebriti

Anggap Tahun 2020 ‘Tidak Wujud’, Michael Ang Tak Sabar Nak Masuk Tahun 2021

Betul tu Mike!

Published

on

Semua orang tak dapat bayangkan apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2020 ini ditambah pula dengan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir sehingga hari ini.

Sebagai persediaan untuk memasuki tahun 2021, pengarah terkenal Michael Ang mengambil keputusan untuk menganggap tahun 2020 ‘tidak pernah wujud’.

Beliau tidak mahu mengingati segala perkara buruk yang telah terjadi sepanjang tahun ini.

Namun beliau mengambil inisiatif untuk menjalani kehidupan pada tahun 2021 dengan menjadi dirinya sendiri tanpa perlu memikirkan kata-kata orang lain.

Tetapi di ruangan komen, ramai yang menasihatkan Michael supaya tetap mendengar nasihat orang lain.

Dalam masa yang sama, netizen tetap mendoakan supaya semua doa dan impian Michael akan tercapai pada tahun 2021 ini.

Apa pun, lupakan semua kenangan lama sepanjang tahun ini dan jadikan tahun 2021 sebagai permulaan untuk kita semua menjadi terbaik!

Sumber foto: Instagram Michael Ang

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest