Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Onz

“Apa Salah Saya Berbasikal?” -Noor Nabila

Majulah sukan untuk negara!

Published

on

“Ingat lagi masa berbasikal, ada kereta hon-hon daripada belakang,”

Berkongsi pengalamannya ketika mula berbasikal, kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Noor Nabila menyifatkan pengguna jalan raya sengaja memberinya amaran.

Menurut Nabila, ketika menunggang basikal bersama rakannya, mereka tidak mengganggu pengguna jalan raya itu, sebaliknya menggunakan lorong yang betul.

Noor Nabila dalam kenyataan menegaskan bahawa ia adalah lebih baik sekiranya pengguna jalan raya dan penunggang basikal bersatu hati ataupun bertolak ansur sesama sendiri.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai peraturan yang sudah disediakan oleh kerajaan ketika ini, yang tidak membenarkan orang ramai berbasikal di kawasan larangan Noor Nabila memberitahu beliau masih lagi tidak jelas dengan garis panduan tersebut.

“Saya beri cadangan supaya pihak berwajib mengeluarkan satu garis panduan yang jelas, laluan specific, yang mana tidak boleh dan sebagainya,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik terbaharu Neelofa di sebuah pusat beli belah di ibu negara.

Selain itu, Nabila turut mengakui beliau dan rakannya sentiasa memastikan mereka mempelajari ataupun bersedia dengan laluan yang akan dilalui sebelum memulakan perjalanan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest