Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Asyik Dapat Mesej Berbaur Lucah, Tiz Zaqyah Mahu Pelaku Dikenakan Tindakan!

Kenapa la suka buat benda tak berfaedah tu ya?

Published

on

Sebelum ini pelakon Ayda Jebat pernah kongsikan pengalaman dia mendapat mesej berbaur lucah daripada pengguna di sosial media, kini giliran Tiz Zaqyah pula mendedahkan individu yang berkelakuan tidak sopan itu.

Pagi 20 Oktober ini Tiz secara terbuka meluahkan rasa marahnya terhadap seorang lelaki yang dengan selamba meninggalkan mesej lucah terhadapnya.

Imagine your daughter or sister casually receiving these kinds of harassments. Tu video I tengah masak tu.

Menurut Tiz, video berkenaan diambil ketika dia sedang memasak dan tidak sangka sama sekali video itu tetap menerima kata-kata lucah walaupun tidak menampakkan susuk tubuhnya.

Tambah Tiz, dia boleh sahaja terus block atau biarkan sahaja mesej itu tetapi selepas itu individu terbabit tetap akan membuat perkara yang sama kepada orang lain juga.

Ikutkan hati, Tiz sememangnya mahu kongsikan isi kandungan mesej yang dihantar oleh lelaki tersebut tetapi kerana fikirkan tentang orang lain, dia membatalkan niat itu.

Isu itu disambung ke laman Instagram miliknya dengan beberapa luahan perasaan daripada Tiz sendiri.

Aku tak tahu la fake account ke apa ke, ramai sangat orang macam ni. Kenapa perempuan kena selalu thru this shit some irresponsible men do and diam? Aku taknak la kecoh tapi berapa lama kita kena hadap benda macam ni?

Jelas kelihatan Tiz sangat bengang dengan apa yang terjadi ini dan turut mempersoalkan perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab ini.

Dalam masa yang sama, Tiz juga memberitahu bahawa ada seorang pekerja di set pengambaran telah dibuang kerja kerana menyorok di dalam bilik salin baju.

Apa yang menjadi tekanan bagi Tiz ialah individu yang melakukan perkara terkutuk itu di dalam media sosial dan tidak dikenakan tindakan lanjut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest