Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

Azwan Ali Dapat Job Dengan Dato’ Sri Vida, Netizen Mahu Tengok Dua Diva Beraksi Atas Pentas

Laku keras Diva AA ni ya

Published

on

Nampaknya nama pengacara tersohor, Azwan Ali kini semakin menjadi rebutan apabila dia dikatakan menerima satu tawaran untuk menjadi pengacara untuk program game show.

Perkara ini bagaikan durian runtuh bagi Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA selepas rezekinya dalam dunia pengacaraan semakin bertambah apabila membuat kemunculan dalam program Lagu Cinta Kita musim kedua.

Pada 26 November, Diva AA ada memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya memberitahu mengenai berita gembira itu.

Lebih menarik lagi, dia bakal bergandingan bersama dengan usahawan terkenal, iaitu Dato’ Sri Vida.

Azwan sempat meminta pendapat daripada peminat sama ada perlu atau tidak dia menerima tawaran tersebut.

Rata-rata komen yang ditinggalkan menyuruhnya menerima tawaran tersebut, confirm kecoh studio tu nanti!

Dalam masa yang sama, ada juga yang meminta supaya Azwan tetap bertindak profesional walaupun sebelum ini mereka berdua pernah bercakaran.

Pada yang tidak tahu, sekitar Februari lalu, DSV ada meluahkan rasa terkilan apabila Azwan telah membakar minyak wangi yang diberi olehnya.

Telah berlaku salah faham di antara mereka berdua sehingga menyebabkan Azwan bertindak sedemikian.

Tapi benda tu pun dah lama berlalu, kami yakin mereka berdua mesti dah selesaikan isu ini pada ketika itu.

Kalau jadi la program game show ni, confirm roboh pentas tu dengan gelak tawa DSV dan juga kepantasan mulut Diva AA.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest