Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Babak ‘Tidak Berbaju’ Punca Raja Ilya Menolak Tawaran Berlakon Di Hollywood

Ilya juga memohon doa rakan-rakan dan pengikutnya dan mengucapkan terima kasih pada yang tidak berhenti menyokongnya.

Published

on

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon terkenal iaitu Raja Ilya yang kini menetap di Australia, pasti tahu bahawa beliau sebelum ini mendedahkan pernah ditawarkan untuk berlakon salah satu filem Marvel di Hollywood.

Namun, menerusi kenyataan Ilya kepada Harian Metro sebelum ini, beliau memberitahu bahawa terpaksa menolak tawaran tersebut disebabkan ada babak yang sensitif yang memerlukan dirinya untuk tidak berbaju dan sedikit menyentuh tentang agama islam.

Nampaknya perkara itu tidak berhenti di situ sahaja, kerana ada netizen-netizen yang berbunyi dan persoalkan mengenai perkara itu yang kononnya Ilya membohong mengenai tawaran dan ujibakat yang dilaluinya itu.

Terpanggil untuk menjawab segala desas-desus, Ilya memuat naik 2 video menerangkan perkara tersebut di laman Instagram miliknya :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

“Part 1

Simple & straightforward Tak perlu medium untuk sampai kan .. Nanti berita tak sampai dengan betul lagi.. glad ada Social media ,Mmmmm kenapalah x Guna dari awal dulu.. . (pinching myself) 🤣 “

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

“PART 2

Finally.. jadi Kalau ada nak tau dari tuan Punya badan pasal MARVEL ,other Audition yang ilya pernah buat here is my statement.. Easy ,Tak perlu Tengok video sesetengah blogger2 maklaun yang nak viewers and Bagi false news Tak tanya statement and pakai tulis je. Thanks for those yg support ilya dari dulu . Dah Lebih 1 dekade ilya dalam industri film ni . 1 bloody decade 🤪 crazy … love you all ,stay positive and keep loving one another earnestly.. Don’t let your love grow cold okay..”

Tidak mahu disalah anggap lagi, Ilya menjelaskan segala tuduhan yang dilontarkan menerusi 2 video berkenaan, mengatakan bahawa memang benar dia menjalani ujibakat beberapa filem Hollywood, antaranya Jurassic World, The Matrix 4 dan beberapa filem lain akan tetapi tidak ada rezekinya disitu.

Ilya juga memohon doa rakan-rakan dan pengikutnya dan mengucapkan terima kasih pada yang tidak berhenti menyokongnya.

Terjawab sudah segala persoalan-persoalan mengenai tawaran filem Hollywood beliau, Ilya juga sempat memesan kepada pengikut dan rakan media untuk tidak memuat naik berita palsu mengenai dirinya selepas menjelaskan semuanya di dalam video berkenaan.

Sumber : Instagram Raja Ilya

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest