Connect with us
Hot FM

Selebriti

Badan Susut Selepas Bebas COVID-19, Uqasha Senrose Puji Kamal Adli Semakin Kacak

Patut lama hilang, kuarantin rupanya… Get well soon ya Kamal!

Published

on

Dalam diam selepas lama ‘menghilang’ daripada media sosial, akhirnya pelakon Kamal Adli muncul semula selepas beliau sendiri mengesahkan bahawa dirinya baru sahaja sembuh daripada virus COVID-19.

Pelakon filem Abang Long Fadhil itu memberitahu bahawa beliau baru sahaja tamat tempoh kuarantin.

Dalam masa yang sama, beliau turut sudah memulakan pengambaran bagi drama terbaharu lakonannya.

Menerusi foto yang dikongsikan oleh Kamal sendiri, jelas menunjukkan bahawa badan beliau kelihatan susut sedikit berbanding sebelum ini.

Ramai pengikutnya menitipkan doa buat Kamal dengan harapan beliau dapat menjaga kesihatannya selepas ini.

Lebih menarik perhatian apabila kekasih Kamal sendiri iaitu Uqasha Senrose turut sempat meninggalkan komen pujian atas perubahan saiz badan pelakon tersebut.

Amboi, sempat juga Uqasha cucuk line sikit ya…

Terkejut juga dengar berita ni, tak sangka pula Kamal turut menjadi salah seorang pesakit COVID-19.

Apa pun harapnya Kamal baik-baik sahaja, lepas ni jaga diri okay!

 

Sumber foto: Instagram Kamal Adli

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest