Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Baharu Disahkan Bebas Covid-19, Netizen Terkejut Adam Lee Sudah Keluar Iftar Dengan Sweet Qismina

Sudah lama tak bertemu kekasih, Adam Lee ambil peluang berbuka puasa bersama Sweet Qismina.

Published

on

“Bahagia lah boleh jumpa buah hati yang dah lama tak jumpa…halalkan je lah tak perlu tunggu lebih cepat lebih baik…niat baik pasti dipermudahkan”

Siapa tak rindu kalau terpaksa berjauhan dengan orang tersayang mahupun ahli keluarga, apa tah lagi jika salah seorang pasangan terpaksa dikuarantikan akibat positif Covid-19.

Namun, kerinduan yang terasa haruslah diganti dengan keteguhan hati sewaktu tempoh berjauhan kerana apa yang lebih penting adalah tahap kesihatan diri masing-masing.

Memuat naik gambar di laman Instagram, pelakon Adam Lee tampak ceria apabila dikatakan sudah kembali bertemu dengan kekasihnya, Sweet Qismina yang telah disahkan bebas daripada virus Covid-19 pada 30 April 2021.

Caption: 

“Tell me something funny”

Jelas melalui gambar yang dikongsikan, Adam Lee meluahkan rasa gembira dan bahagia apabila berpeluang berbuka puasa bersama kekasihnya.

“Mesti kak Sweet cerita pasal time dia kena kuarantin kan…”

Walau bagaimanapun, terdapat persoalan yang mungkin timbul mengenai hantaran yang dibuat kerana Sweet Qismina dikatakan baharu sahaja bebas dan masih dalam lingkungan tarikh kurang seminggu dari tempoh beliau sembuh.

Namun menerusi Insta Story miliknya, Adam Lee ada berkongsi bahawa beliau telah menjalani swab test pada hari yang sama bertemu dengan Sweet Qismina bagi mengetahui status kesihatan beliau justeru mengelak dirinya juga dijangkiti virus berkenaan.

Menyelami hati pasangan pelakon muda yang sedang hangat bercinta, pertemuan Adam Lee dan Sweet Qismina baru-baru ini pastinya sedikit sebanyak telah mengubati rasa rindu mereka apabila Sweet berpeluang untuk pulih semula setelah disahkan positif Covid-19 pada 21 April lalu.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kesyukuran di atas kesembuhan Sweet Qismina itu serta menitip doa agar pasangan ini segera dijodohkan.

Apa-apa pun syukurlah, Sweet sudah sembuh dan Adam Lee juga ada membuat pemeriksaan Covid-19. Semoga yang baik-baik sahaja buat kita semua!

Ditulis Oleh : Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Adam Lee

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest