Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Onz

Bakal Berkahwin Dengan Kamal Adli, Uqasha Senrose Masih Terasa Seperti Dalam Lakonan

Para peminat tidak ketinggalan untuk mendokan semoga perancangan mereka untuk bergelar suami isteri nanti dipermudahkan

Published

on

Pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli sedang hangat dilamun cinta.

Mereka baru sahaja mengikat tali pertunangan pada 4 April 2021 dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup.

Bersempena itu, Kamal telah memuat naik satu hantaran di Instagram beliau pada 7 April 2021.

Baca artikel berkaitan: 80 Peratus Persiapan Dah Lengkap, Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Hitung Hari Bahagia

Perkongsian tersebut adalah foto-foto ketika hari pertunangan mereka.

Melalui caption, Kamal menulis ringkas:-

“next step 🌹”

Nampaknya mereka semakin menghampiri fasa seterusnya iaitu hari penyatuan sebagai pasangan suami isteri pula.

Sementara itu di ruangan komen, Uqasha merasakan perkara tersebut seperti masih dalam babak drama.

Para peminat juga teruja untuk mereka dan mendoakan semoga semuanya dipermudahkan.

Khabarnya persiapan perkahwinan mereka sudah 80% telah siap.

Semoga segalanya yang dirancang akan berjalan lancar.

 

Sumber: Instagram Kamal Adli

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest