Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Baru Hari Ke-29 Berpantang, Netizen Risau Emma Maembong Dah Berjalan Sakan

Makin cantik la Emma ni ya

Published

on

Umum pasti sudah mengetahui bahawa pelakon Emma Maembong kini sudah selamat bersalin anak pertamanya pada 17 November lalu.

Ini bermaksud sehingga tanggal 16 Disember, Emma masih lagi dalam tempoh berpantang hari ke-29 atau hari ke-30.

Namun apa yang menjadi persoalan ialah ada segelintir netizen tertanya-tanya adakah Emma sudah melebihi hari berpantang selama 44 yang sepatutnya diamalkan itu?

Hal ini kerana Emma ada memuat naik foto bersama dengan sahabat baiknya iaitu Erni Dekritawati Yuliana, anak kepada Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya.

Ada beberapa netizen meninggalkan komen kerana berasa bimbang atas kesihatan diri Emma yang baru pertama kali berpantang.

Dalam masa yang sama, terdapat beberapa keping foto yang lain menampakkan Emma keluar ke shopping mall bersama dengan teman rapatnya, namun tidak diketahui pula sama ada gambar itu diambil sebelum atau selepas beliau bersalin.

Apa pun, kita fikir positif sahaja la, mungkin itu hanya la gambar throwback sahaja dan pastinya Emma mempunyai ramai adik-beradik perempuan yang prihatin terhadap kesihatan dirinya dan bayi.

Sumber foto: Instagarm Emma Maembong

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest