Connect with us
Hot FM

Selebriti

Baru Selesai Kongsi Ilmu Amal Jariah, Peminat Uji Zizan Razak Minta Sedekahkan Set Gaming Milik Peribadi

Tak segan-silu kongsi ilmu berkaitan amalan bersedekah, personaliti Zizan Razak raih pujian peminat.

Published

on

“Zizan lembut hatinya, kalau buat sesuatu ke arah kebaikan.. Mudah bagi Dia.. Alhamdulillah”

Terkenal sebagai seorang yang suka berjenaka dan sering membuatkan orang ramai tidak pernah kering gusi, pelawak kesayangan ramai Zizan Razak dikatakan memiliki personaliti yang dambakan berkat daripada amalan bersedekah.

Umum mengetahui bahawa antara amalan yang paling mudah untuk dilakukan adalah menerusi sedekah amal jariah, ibadah yang demikian wajar dilakukan oleh setiap umat Islam kerana terdapat banyak kelebihan yang tersingkap mampu membantu meningkatkan tahap keimanan.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Zizan Razak tidak segan-silu berkongsi sedikit ilmu yang dimilikinya mengenai amalan bersedekah bersama seorang lagi rakan pelawak dan pakar motivasi,  Syamsul Debat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Hantaran perkongsian yang dimuat naik itu sedikit sebanyak memberi teladan yang baik kepada seluruh peminatnya meskipun ada yang bergurau seolah-olah mahu menguji selebriti berkenaan meminta dia memberikan sebuah set gaming yang dimilikinya dengan niat bersedekah.

“Asalamualaikum abg zizan. bole mintak satu set gaming tu tak ? bole lah. nanti abg zizan beli yg baru 😂 buah cempedak di dalam almari, tiang yang dicari tertusuk peri, makin abg banyak memberi, semoga rezeki abg makin mencurahi…hehe”

Mengetahui bahawa berkat yang dijanjikan mengenai amalan bersedekah mempunyai nilai pahala yang begitu tinggi, namun pemberian yang paling mulia adalah dengan memberi harta yang paling kita sayang ataupun setaraf dengannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji personaliti seleberiti ini kerana ‘tidak malu’ berkongsi ilmu meskipun beliau dikatakan bukan lah orang yang pantas bercakap mengenai ilmu berkenaan namun, niat baik yang menggalakkan orang ramai berbuat kebaikkan harus diberi penghormatan.

 

Sedekah secara amnya adalah pemberian oleh seseorang kepada orang lain bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah (SWT) namun, tak salah jika hanya memberi pada kadar yang tertentu sahaja.

Niat yang mulia pasti menghasilkan imbuhan yang baik, oleh itu tidak kira golongan selebriti, kayangan mahupun VVIP, jika mahu membuat amal jariah, usah ditegah asalkan berlandaskan syariat Islam.

Betul tu, bagus la berkongsi-kongsi ilmu. Tak semestinya kita tidak bagus dikatakan tidak layak memberi nasihat, jadikan yang baik itu teladan yang buruk itu pedoman.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Zizan Razak

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest