Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Bayaran Seakan Pekerja Lulusan Universiti, Chef Wan Tetap Maafkan Silap Bekas Pembantu Rumah

Semoga selepas ni Chef Wan akan dapat pembantu rumah yang baik tingkah lakunya

Published

on

Chef selebriti iaitu Chef Wan sebelum ini ada mendedahkan tentang kekecewaannya setelah sebuah vacuum cleaner miliknya rosak, dipercayai angkara perbuatan bekas pembantu rumah.

Oleh itu, beliau telah membeli sebuah vacuum cleaner baru dan perkara itu dikongsikan melalui sebuah video yang dimuat naik di Instagramnya pada 4 Februari 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Perkongsian Chef Wan itu menceritakan tentang beliau terpaksa membeli vacuum tersebut menggantikan yang telah rosak.

Sementara itu, beliau juga mendedahkan bayaran yang telah dibelanjakan untuk bekas pembantu rumahnya sebelum ini:-

“Dah la ambil dia dahulu duit agent sampai rm15,000.00 and her 2 years salary jika u divide that by 24 months gaji dia ada rm28,800.00 plus 2 months bonus its all sum up to rm46,000.00 divide that by 24 months dah mcm gaji hiring graduate university pulak.”

Tinggi juga perbelanjaan yang dikeluarkan Chef Wan tersebut sehingga boleh menyamai gaji pekerja lepasan universiti.

Beliau turut memberitahu antara kerenah bekas pembantu rumahnya:-

“Did u remember before she arrived i had maids yg payah kan door fridge Miele saya, my library sliding door, yang telanjang bulat keluar dari bilik mandi dan mcm2 lagi sikap pembantu rumah ini.”

Bagaimanapun, beliau tidak mahu meletakkan tanggapan sama terhadap semua pembantu rumah:-

“Tak kan dik sebab nila setitik satu belanga susu itu rosak.
So never stop being kind anyway..
Remember there was a quote one time by the late mother Theresa that tell us all not to stop giving, being kind dan mcm2 lagi despite what Allah has challenge us.
Remember for all this shit to happened biar la kita yang jadi mangsanya daripada berada in their situation.
Itu ada la ujian Allah untuk kita dan mereka2 ini juga.
So never stop being nice to them.
Being patience is still the best thing to do!”

Betul, setuju dengan Chef Wan!

Tidak semua orang sama, semoga selepas ini Chef Wan mendapat pembantu rumah yang betul-betul bagus dalam menjalankan tugasnya.

 

Baca artikel berkaitan: Dua Tahun Kerja, Pembantu Rumah Chef Wan Rosakkan Barang Sebelum Pulang Ke Seberang

Sumber: Instagram Chef Wan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest