Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

Beli Hadiah Mahal Untuk Suami, Aksi Ain Edruce Main Piano Dipuji

Happy 1st anniversary Ain dan suami!

Published

on

13 Disember 2020 menjadi tarikh istimewa buat selebriti Ain Edruce dan suami, Amirul Hafiz yang meraikan hari ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama.

Melalui YouTube channel, Ain telah memuat naik satu video pada 12 Disember 2020 yang diberi judul “Belikan Amirul Hadiah RM20,000?!”

Dengan nilai RM20,000, ia menunjukkan hadiah yang dibeli bukan biasa-biasa.

It’s a grand piano!

Sebab sayangkan suami, hadiah mahal pun tidak menjadi masalah untuk Ain berikan.

Menurut Ain, beliau pada awalnya buntu memikirkan hadiah yang sesuai buat Amirul.

Kemudian, idea untuk menghadiahkan piano akhirnya tercetus kerana terdapat filem yang ditonton Ain mempunyai adegan bermain piano.

Seperti biasa, terdapat bahagian-bahagian menarik daripada video yang dimuat naik.

Antaranya, Amirul memberitahu bahawa dirinya tidak reti bermain piano, ops!

Selain itu, Ain menunjukkan kemahirannya bermain piano.

Walaupun ia cuma seketika, namun ia kedengaran sangat bagus dan dipuji oleh para peminat.

Ramai yang meninggalkan pandangan mereka mengenai video tersebut di ruangan komen.

Kami di Hot FM tumpang gembira untuk pasangan ini dan ingin ucapkan happy 1st anniversary!

 

Baca artikel berkaitan: “Anak Aku Aktif Macam Aku” – Ain Edruce Sahkan Dirinya Hamil

Sumber: YouTube Ain Edruce

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest