Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Bella Astillah Mengelamun Waktu Buat TikTok, Peminat Puji Badan Makin Cantik

Cantik ya Bella ni!

Published

on

Zaman sekarang ni semua orang dah mula main TikTok, tak kisah tua atau muda, orang biasa ataupun selebriti.

Isteri kepada pelakon kontroversi, Aliff Aziz nampaknya turut terpengaruh dengan aplikasi tersebut apabila beliau ada memuat naik videonya bersama dengan Didi Astillah iaitu adiknya sendiri.

Video tersebut memperlihatkan aksi comelnya bersama dengan Didi menari tetapi dalam tidak sedar rupanya Bella telah mengelamun!

Aksi Bella itu telah mencuri perhatian peminat sehingga ada yang memuji kecomelan ibu kepada dua cahaya mata itu.

Dalam masa yang sama, netizen turut memuji bentuk badan Bella yang semakin ramping walaupun dia sudah mempunyai anak.

Sebelum ini ketika hamil anak kedua, berat badan Bella naik dengan mendadak sehingga ada yang mengkritik penampilannya itu.

Namun kini, Bella telah tampil dengan lebih cantik dan yakin dengan bentuk badan ideal yang menjadi kegilaan ramai wanita.

Bella dan Aliff telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 yang lalu dan kini mereka dikurniakan sepasang cahaya mata comel iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber foto: Instagram Bella Astillah

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest