Connect with us
Hot FM

Selebriti

Belum Jadi Ibu Tapi Nabil Mahir Tetap Hargai Jasa Ayda Jebat, Siap Ada Hashtag Baharu!

Tak semestinya 9 Mei je Hari Ibu kan dan orang yang tak bergelar ibu lagi pun boleh je dapat ucapan macam tu kan?

Published

on

Jangan ingat Hari Ibu hanya diucapkan kepada kaum wanita yang sudah mempunyai anak sahaja, pada yang sedang hamil pun layak diberi ucapan tau!

Jadi disebabkan itulah pengacara Nabil Mahir tetap memberi ucapan kepada isteri tersayang iaitu Ayda Jebat yang kini sedang hamil anak pertama mereka.

Nabil ada kongsikan sekeping foto bersama caption penghargaannya buat wanita istimewa itu.

Tapi apa yang melucukan ialah pemilihan foto Nabil itu telah mengundang gelak tawa ramai.

Ramai peminat mereka berdua turut memberi ucapan Hari Ibu kepada Ayda walaupun cahaya mata mereka masih belum lagi lahir.

Lebih menarik lagi kini Ayda dan Nabil sudah mempunyai hashtag baharu di setiap posting mereka iaitu #masihcantik yang mana kemungkinan menunjukkan walaupun Ayda sudah berbadan dua tetapi beliau masih lagi cantik di mata suaminya.

Ayda kini sedang hamil empat bulan selepas mendirikan rumah tangga bersama dengan Nabil pada awal Januari lalu.

Semoga segala urusan Ayda dan Nabil akan dipermudahkan, tak sabar nak tengok #BilAydaJatuhCinta junior!

Baca juga artikel berkaitan:

Nyaris Gugur Sebab Sikap Individu Tak Bertanggungjawab, Nabil Mahir Kongsi Keadaan Ayda Jebat Waktu Awal Kehamilan

Sumber foto: Instagram Nabil Mahir

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest