Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

Berat Hati Terpaksa Lepaskan Pembantu Rumah, Peminat Wawa Zainal Turut Tumpang Sedih

Dapat pembantu rumah yang baik pun dikira rezeki juga untuk kita tau…

Published

on

Memiliki pembantu rumah yang sangat baik, jujur dan amanah dalam melakukan tugas juga merupakan nikmat besar buat setiap majikan.

Namun selaku majikan, siapa lah mereka untuk menghalang mana-mana pembantu rumah yang terpaksa pulang ke tanah airnya.

Pelakon dan usahawan berjaya, Wawa Zainal ada kongsikan satu video kenangannya bersama dengan pembantu rumah yang dikenali sebagai Salma.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Sebagai seorang majikan sudah semestinya Wawa berasa berat hati untuk melepaskan Salma lebih-lebih lagi apabila anak-anaknya turut rapat dengan pembantunya itu.

Wawa turut sempat memberikan sedikit wang belanja kepada Salma untuk kegunaannya di sana nanti.

Peminatnya yang menonton video tersebut turut berasa sedih melihat air mata kesedihan Wawa dan seisi keluarganya.

Bukan senang kan nak dapat pembantu rumah yang rapat dengan keluarga kita dan tak bermasalah ni.

Semoga lepas ni Wawa dan keluarga akan dapat pembantu rumah lain yang turut memiliki hati baik seperti Salma.

Sumber foto dan video: Instagram Wawa Zainal

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest