Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Bergambar Bersama Di Majlis Ernie Dan Syamel, Nabila Razali Dipuji Sepadan Dengan Khai Bahar

Ada peminat yang setuju jika Nabila dan Khai bergandingan bersama

Published

on

Pasangan penyanyi terkenal Ernie Zakrie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021.

Majlis resepsi pula diadakan pada 3 April 2021 dan dihadiri oleh ramai rakan selebriti.

Antaranya ialah penyanyi Nabila Razali dan Khai Bahar.

Nabila melalui Instagramnya telah memuat naik foto-foto ketika menghadiri majlis tersebut.

Beliau menulis ucapan buat pasangan pengantin Ernie dan Syamel pada ruangan caption:-

“Another beautiful wedding! Congratulations to these 2 lovebirds! Until Jannah! 👰🏻🤵🏻‍♂️#GoodbyeHelloBMKN”

Sementara itu, Nabila berkongsi hantaran berkenaan dengan terdapat beberapa gambarnya bersama Khai.

Malah mereka berdua sempat berbalas emoji berbentuk hati pada ruangan komen.

Sementara itu, para peminat turut meninggalkan komen-komen mereka pada perkongsian tersebut dengan mengatakan bahawa Nabila dan Khai dilihat sesuai bersama.

Apapun, kita doa yang baik-baik saja buat mereka.

 

Baca artikel berkaitan: Nikah Dalam Majlis Tertutup, Ernie Zakri Kini Sah Jadi Milik Syamel Sepenuhnya!

Sumber: Instagram Nabila Razali

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest