Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Berpeluh-peluh Macam Jogging Nak Bagi Susu Kat Anak” – Nadzmi Adhwa Ganti Tugas Ardell Aryana

Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini

Published

on

Ramai yang ketahui pelakon Ardell Aryana kini dalam misi kemanusiaan untuk memberi bantuan kepada penduduk di Sabah yang terkesan akibat Covid-19.

Pemergiaannya ke Sabah mendapat restu daripada suami yang juga pelakon Nadzmi Adhwa, yang menggantikan tugasnya sebagai seorang ibu dalam menjaga bayi mereka, Arwa Malaikha Urwa.

Pada 11 November 2020, Nadzmi telah berkongsi satu video di Instagram yang menunjukkan dirinya sedang memberi susu kepada anak perempuannya itu.

Malalui caption:

“Berpeluh peluh macam jogging nak bagi susu kat anak🤣 Baru tau bukan senang jaga anak ni. Selalu lepas kat isteri kita je 😅 Betapa hebat nya pengorbanan seorang ibu dan isteri kita , tapi jangan lupa dasyatnya semangat seorang ayah 💪🏻😘#sindrombapakbapak”

Selain itu, Nadzmi juga memberi kata-kata semangat kepada isterinya supaya tidak pedulikan cakap-cakap orang yang tidak baik tentang usaha murninya:-

“Apa pun orang kata pasal kita hanya saya tahu niat awak @ardellaryana 😘dont worry about us ! We’re fine. we always have your back! Keep helping those people in needs❤️ Jangan bersedih, tetap dengan niatmu walau apa dugaan melanda. Maafkan lisan mereka , mereka tidak tahu 😊Semoga Allah redha”

Ardell Aryana turut meninggalkan komen buat si suami.

Bukan mudah sebenarnya untuk berjauhan bersama insan tersayang dan berkorban ke tempat yang berisiko.

Namun niat murni mereka sangat diperlukan dan wajar dicontohi.

Semoga perkara baik yang dilakukan pasangan ini dibalas dengan kebaikan dan dipermudahkan segalanya.

 

Sila baca artikel berkaitan: “Baik Jaga Anak Dekat Rumah Je!” Netizen Pertikai Niat Murni Ardell Aryana Bantu Penduduk Di Sabah

Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest