Connect with us
Projek Radio

Selebriti

“Bidadariku, Anak Luar Biasa,” Lihat Reaksi Ibu Neelofa Selepas Pertama Kali Melihatnya Berniqab

MashaAllah..

Published

on

Sebelum ini banyak berita tentang pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa telah mengubah penampilannya ke arah menjadi muslimah yang lebih baik.

Ini termasuklah foto yang tular sebelum ini memaparkan Neelofa membeli stokin dan memakainya.

Namun, pada 14 Oktober, Neelofa telah memuat naik satu foto berniqab di laman Instagram miliknya.

Peminat ramai yang menyangkakan bahawa itu hanyalah gambar throwback semasa beliau berada di tanah suci.

Bagaimanapun, pada 15 Oktober, Neelofa sekali lagi memuat naik satu gambar penampilan yang sama.

Menguatkan lagi spekulasi tersebut selepas ibu Neelofa, Noor Kartini memuat naik satu video di laman sosial miliknya memaparkan reaksinya setelah melihat anaknya mengenakan niqab.

“MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dgn karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang bnyk mengajarku, yang menjadi inspirasiku..,”

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yg kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yg terbaik untuk ku , seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia.. amiiinnn”

“Love you bidadariku #anakluarbiasa”

Menerusi komen, ramai yang memuji penampilan baharu pelakon jelita tersebut dan ada juga yang mendoakan agar beliau kekal berpenampilan begitu.

Apa pun keputusan Neelofa, sama-sama kita sokong dan mendoakan agar beliau terus beristiqomah dalam setiap perkara yang dilakukan.

 

Sumber foto: Instagram Neelofa

Sumber video: Instagram Noorkartini

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest