Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Bijak Tepis Godaan Gadis Cantik Dan Seksi, Syazuwan Hassan Tak Mahu Terpalit Kontroversi Bukan-Bukan

All the best!

Published

on

Nampak glamour dan mudah mengecapi dunia selebriti, akan tetapi hakikatnya boleh dikatakan mencabar kerana berdepan dengan pelbagai godaan, antaranya digoda gadis cantik dan seksi yang suka mendampingi pelakon-pelakon lelaki terkenal ataupun yang sedang meningkat nama.

Salah seorang yang tidak terlepas dari godaan itu adalah pelakon kacak yang semakin meningkat naik, iaitu Syazuwan Hassan.

Tidak sesekali tewas dengan ujian yang mampu memberi kesan negatif pada kerjaya dan kehidupan peribadinya,  pelakon itu memberitahu bahawa dia berpegang kuat pada prinsip untuk sentiasa menjaga nama baik dan keluarga supaya tidak terpengaruh dengan godaan yang melalaikan.

“Contohnya, ada wanita yang mengajak saya berjumpa. Saya bertanya berjumpa atas dasar kerja atau apa. Dia kata tidak, sebaliknya ada permintaan mahu mengajak melakukan perkara tidak senonoh”

Pelakon drama Asalkan Dia Bahagia itu turut berkata, dia perlu bijak menepis godaan supaya namanya yang kini semakin dikenali ramai, tidak terpalit dengan perkara tidak bermoral.

“Nama saya sudah dikenali ramai, jadi sebelum buat apa-apa, lebih baik saya berfikir dahulu. Jika boleh, saya mahu mengelakkan perkara yang tak diingini pada masa akan datang.

“Jujurnya, saya seorang yang berfikir panjang sebab saya tak mahu buat perkara yang memalukan saya dan keluarga. Saya sentiasa beringat menjaga keperibadian. Alhamdulillah hingga hari ini, saya tak tewas dan masih ada iman lagi,” katanya.

Bagi Syazuwan, perkara sebegitu terpulang pada pegangan individu, sekiranya seseorang pandai menepis dan menjaga kehormatan diri pasti dapat mengawal keadaan dengan baik.

 

Sumber : Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest