Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Bomba Satu Dunia Pun Tak Mampu Kurangkan Panas Api Neraka” – Azhan Rani

Peringatan untuk semua

Published

on

Pelakon Azhan Rani yang popular dengan gelaran ‘Ustaz Hamadi’ daripada drama lakonannya bertajuk Nur, kini terlibat dalam penggambaran sebuah telemovie untuk slot Cerekarama di TV3.

Pada 30 November 2020, Azhan telah memuat naik satu perkongsian di Instagram yang menunjukkan dirinya sempat bergambar dengan beberapa orang ahli bomba.

Melalui caption dengan kata-kata gurauan itu, Azhan turut selitkan sedikit peringatan:-

“banyakkan buat kebaikkan. jauhi la api neraka kerana panggil la bomba satu dunia pun tak akan mampu mengurangkan panas api neraka tu. nak padamkan tu toksah cerita la.”

Bagus juga begini, dalam perkongsian di media sosial pun boleh beritahu sedikit peringatan buat para pengikut di laman sosial.

Dalam pada itu, Azhan juga berterima kasih kepada pihak yang bekerjasama menjayakan telemovie yang diberi judul Fateema Azzahra:-

“setinggi2 penghargaan dan terima kasih buat semua unit anggota bomba dan penyelamat balai bomba kkb atas layanan baik dan kerjasama yang tak berbelah bagi demi menjayakan telemovie #fateemaazzahra ini.”

 

Sumber: Instagram Azhan Rani

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest