Connect with us
Projek Radio

Selebriti

Buat Content TikTok Geli-Geli, Netizen Mula Muak Kisah Cinta Azzam Shah & Sheryl Shazwanie

Apa komen korang?

Published

on

Nama Azzam Shah mungkin kini baru sahaja dikenali oleh peminat selepas dia bergelar juara dalam sebuah program realiti.

Maka dengan itu peminat berharap supaya dia dapat memberi fokus terhadap kariernya terlebih dahulu berbanding kisah cinta bersama dengan kekasihnya yang juga penyanyi, Sheryl Shazwanie.

Sebelum ini, Azzam ada membuat satu video TikTok berjudul ‘nama nama perempuan comel’ dan kesemua nama yang tertera merupakan nama Sheryl Shazwanie.

Bagi mereka Azzam tidak sepatutnya secara terbuka kongsikan kisah peribadi kerana itu masih terlalu awal untuk dia berbuat begitu.

Netizen juga tidak mahu sekiranya kisah peribadi dia lebih menjadi perhatian berbanding bakat nyanyian yang ada.

Menurut temu bual Azzam besama dengan sebuah portal hiburan tempatan pada 16 Oktober ini ada memberitahu bahawa dia tidak berasa bimbang sekiranya dia kehilangan populariti kerana baginya dia tahu peminat mereka tetap akan menyayangi dan menyokong mereka berdua.

Sheryl selalu ada untuk saya, dia dah seperti keluarga saya. Saya akui dia istimewa dalam hidup saya, pengakuan ini tak halang untuk peminat terus sokong kami.

Kini, mereka berdua masih lagi mahu membina karier dan nama.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana Sheryl menerima dirinya yang serba kekurangan itu.

Namun dalam masa yang sama dia turut berharap sekiranya cinta mereka itu dapat dibawa ke jinjang pelamin.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest